Tuesday, 3 January 2012

Celaka?

Perangai kau serupa hanjeng!


ngeeeeee~
Kau ni kadang-kadang celaka macam babi!


hehe~
Kau ni bajet macam bos jer!

hei hei buat ni,siapkan cepat,aku boss ke engko bos? potong gaji baru tau!
Menyampah gile aku tengok kau ni! Macam s**l !

erk,,,problem?
Gemok macam babi!

aku bukan babi tapi aku gemok! problem?

Macam setan la kau ni! 

sapa yang F skang ni,aku ke kau,hiyark! dush!

Mulut kau macam longkang! 


bau ke? sorry2 mungkin sebab aku tutup mulut skang,esok bukak lagi oke!
Those are the verses that people around said to me that i collect and put into my dictionary of my life, permanently remain inside.
No other bad words you want to give to me or describe me,oh FRIENDS outside there? 
Well that best describe me yeah? Good job and well done. . 
Anything else, just add up okay. Im waiting.
Don't blame the 'babi' and 'anjing',they are all innocent,kawaiiii,or in other word comel. 
Saying me as equal as them, doenst hurt at all. Saying all those words straight to my face also doenst mean anything. Just imagining the kawaii face of the animals make me smile to myself. Am i that good? F yeah...haha. 


Saturday, 17 December 2011

JANJI

Perempuan dan Janji

Kisah seorang perempuan yang hidupnya dikurung dalam sangkar dan diseksa saban hari. Kesakitan,meronta,menangis. Dan hidupnya sepi. Hanya batang-batang besi memisahkan dia dan dunia luar.

Saban hari dia menjerit dan menjerit tanpa putus asa. Tidak pernah tefikir akan meminta pertolongan. Menjerit hanya untuk mengurangkan kesakitan saban hari.

Jeritan itu disambut seorang lelaki yang menghampiri. Lelaki tersebut kerap datang kepadanya dan kini wujud semacam harapan oleh perempuan untuk lari.Lari bersama lelaki tersebut.

Lelaki tersebut datang kepadanya,dengan lembut,dengan kasih,dengan sayang,juga dengan JANJI.

Janji yang dia akan melindungi,tidak lagi akan disakiti,tidak akan disia-siakan,akan dia sentiasa bersama-sama tatkala susah dan senang. Akan menjadi temannya seumur hidup. Dilepaskan perempuan itu dari sangkarnya dan mereka berlari. Lari jauh sejauhnya. Laju selajunya. Terlalu laju dirasakan tanpa sempat menoleh kiri dan kanan. Tanpa sempat menjenguk masa lampau yang ditinggalkan di belakang sebagai pengajaran.

Dalam perlarian ramai juga manusia sedang berlari di sepanjang jalan dengan niat dan hala tuju masing-masing. Tapi pada masa itu mereka berdua seolah hanyut dalam dunia sendiri. Seperti bukan berpijak di bumi nyata. Larian mereka terlalu deras.

Sampai satu tahap,stamina semakin berkurang,makanan juga tiada disua. Lelaki yang jauh lebih kuat tenaga dan tahap pemikirannya,mengambil keputusan untuk berlari dengan laju untuk  mencari. Mencari sesuatu yang lebih baik dan baru,kononnya untuk kebaikan mereka berdua.

Seketika dalam perjalana,lelaki tersebut tersimpang jauh. Jauh dari dasar pencarian. Lupa akan janji. Lupa akan perempuan yang tertinggal di belakang. Lariannya semakin laju bila apa yang dicari semakin jelas kelihatan.

Perempuan yang ditinggal di belakang semakin jauh. Jauh dari destinasi asalnya. Destinasi akhirnya untuk sampai kepada lelaki tersebut untuk dilindungi,tidak disakiti,tidak disia-siakan.

Perempuan tersebut semakin lemah.Lariannya semakin kecil namun masih berharap lelaki tersebut kembali mengambilnya atas dasar percaya sebuah JANJI.

Dalam perlariannya,perjalanan sepi,berliku-liku,banyak halangannya dan satu hari dalam perjalanan terjumpa akannya kesan-kesan peninggalan lelaki tersebut yang mengatakan dia takkan kembali ke pangkuan.

Perempuan tersebut bingung dan tertanya-tanya. Kenapa. Kenapa ditinggal begitu sendirian terkapai-kapai di dunia yang  baru dia terokai? Ke mana hala tujunya nanti? Ke mana destinasi terakhirnya?

Atas dasar JANJI,perempuan itu gagahi diri memerangi perasaan curiga bercampur baur. Sakit kakinya,sakit emosinya,sakit jiwanya,sakit hatinya. Berlari juga di mencari jejak lelaki.

Sampai satu ketika dia menjadi lemah dan terhenti di satu persimpangan yang jelas. Dia keletihan dan terhenti di situ seketika. Mungkin bukan seketika. Agak lama. Menunggu? Mungkin juga berharap.

Persimpangan itu membuatkan dia keliru. Harus terus jejaki lelaki itu atau pergi ke arah jalan yang satu lagi. Yang baru. Yang asing. Yang mungkin jauh lebih bahya. Yang tidak pasti juga akan destinasi akhirnya apa.

Kerana terlalu sakitnya menahan derita hati. Kerana bertapa nama lelaki itu terpahat bersama JANJI dalam hatinya. Dia tidak rasa dia mampu untuk meneruskan perjalanan dengan hati itu. Di situ juga dia robek hatinya,keluarkan dari tubuhnya,maka diletak hati itu di persimpangan jalan. "Terima Kasih kerana beri saya harapan untuk berpegang pada sebuah janji"

Lalu perempuan tersebut meneruskan perjalanan mengikut arah yang bukan jejak lelaki tersebut. Jalan yang baru. Tanpa hati. Meneroka dunia baru tanpa hati. Mungkin dengan itu dia tidak lagi akan merasa sakit. Sampai bilakah perjalanan ini mampu diteruskan oleh sepasang kaki dan kudrat yang ada?

Saturday, 29 October 2011

Benar-benar - smile and style

Assalamualaikum salam satu fauna!

ok..untuk seketika,tatkala mood swing,adalah baik jika anda melihat sekeliling dengan keadaan yang paling positif sekali.
untuk itu saya telah meng-stalk rakan2 kosmet saya sekalian.
1st,gambar.
2nd,saya gelak.
3rd,trigger me to look to another pic.
4th,super gelak.
well...x susah nak ceriakan diri in positive way sebenarnya.
Disini saya ingin membentangkan hasil pemerhatian saya terhadap kawan-kawan sejagat.

Sesetengah makhluk di muka bumi ini, baik yang macho,handsome,kacak,cun,cantik,gorgeous..mereka rasa mereka cantik dan sesuai sekali bergambar di dalam toilet atau tandas atau jamban. Tak kira toilet awam mahupun toilet kolej,hatta toilet rumah sekali pun. Ini benar ye adik2...akak tak tipu.
Abg ni namenye Redza,die handsome tapi garang.
Adik ni namenye Min,die cun dan sgt photogenik.
Abaikan org berbaju pink! Abg baju putih ni namenye Azwan,die ni jambu2 orangnya. Cepat tacing.
ok,enough dari sudut toilet. Beralih pula gaya2 peace dari satu makhluk ke satu makhluk. Buat masa ni dari pemerhatian,didapati gaya peace2 ni kebiasaannya,perempuan sokmo la yang buat semasa sessi fotografi. Agak susah nk jumpa lelaki peace time amek gambaq.
Adik ni nama dia Farah,dia kategori awek comey2 la..
Abe yg tengah peace ni nama dia Azfar,dia tak garang sebab die panjang. Haha.
Ni gaye peace abg jambu
Adik ni pulok nama beliau Fifi,dia gadis yg paling lembut lah. Gaya ala-ala ibu penyayang gitu!
Ni sumpoh gamabq paling stail! Nama adik ni Midad,dia ni bab bergambaq mmg terer,jenis gadis2 sopan zaman milenium.
Nama adik ni Xera,beliau adalah antara org yg buat muka lagu mana pun time amek gmbaq tetap lawa!
Yg tengah peace itu nama dia adik Lai je.Dia ni muka baby face sungguh.Sedap mata memandang.Tapi sangat berani antara semua gadis.
Adik Min ni jarang peace time bergambaq,biasanya beliau akan buat pose2 sgt matang dan pro ala2 model.
adik kannie-she likes to wear her glasses when taking pic.Shes really cool!
Adik syana adalah gadis top hot stakat ini.
Abg qayyum-err..die matang.Muka grang tapi hati banyak rama-rama.
Adik ping-die smart,funny...well she likes to laugh,and that make her shining all the time.
Misteri-Mr Wye Lup..sometimes pendiam,but sometimes he is funny but he dont even know that.
Then,saya select beberapa photo yg agak menarik untuk dipratontonkan...Inilah depa...
                                      
Abg Redza dah letih.bhahahaa!~
Abe Azfar senyum molek sungguh.Lega hati mak dia tengok dia bahgia.
A man 'hentai' with 'oppai' *japan words*
Best couple of the year!
Adik genevie!! Percaya ke tak?
Adik Kannie with baju kurung.
Da mcm chekgu!
Gmbaq stail jepun! Pergh!!! -Adik Kannie,Ean yi,Ping,Sook.
mcm sorg ibu yg penyayang! Adik Lai.
Gadis Hot! -Adik Syana
Dalam gambaq ni ada Adik Lai,kalau bijak bestari teka yg mana!
Adik Ng Ean Yi- u r so gorgeous!
Which 1 is Ng? hahahaha!~
Cantik! Marvelous!

Sekian dahulu stalk mereka,gambaq2 di atas is selected base on my interest semata-mata. Well,ada gak yg tak ada gambarnya,kosmet saya,example Deshminder.Owh sorry 4 that! Cant get through her fb~

S A Y O N A R A

Friday, 28 October 2011

Benar jugak- Conversation

Conversation


Konichiwa kawan2...

Yes today im again going to write,
because...
i feel to,
i want to,
because...
its bored to be alone in this big room,
because...
its midterm again,
and might be some of u starting to have migrain,headache,stress and all that..

here are some things i do whenever i woke up this morning,
and faces all the problem,
but lastly i manage to smile..and laugh even though im all alone...

i always dream that i can talk to them,
in our language that nobody understand,
just us...
and i still imagine,how beautiful it is their heart compared to human who are not loyal..
let's imagine or create a word that might be what do they want to say to us!
make it fun..enjoy with fauna~

1-look into my eyes dude,im serious!

2-muah muah muah! ur saliva is gross!

3-i am fat so i cant go inside the cage.

4-gggrrrrr~

5-i'll slap ur face if don't open it!

6-what a good signal

7-garang macam pak long

8-cuba teka apa yg mereka sedang bualkan

9-all of u heavy like dem..uuuuu~

10-lastly..this is my cat at home,i call her bonda cz she has many2 kids..*she's saying: dude,why u wake me up!*

Smile and laugh always. Love more than hate. Chills and get positive.

S A Y O N A R A .....





Thursday, 20 October 2011

Kisah benar lagi tragis - Fertilization

Cerita Tentang Fauna.

Asslamualaikum dan salam satu Zoologi! 

Nampaknya sudah berkurun lamanya beta tidak meng-update ini blog dek kerana internet UKM jaring yang macam dem sejak kebelakangan ini. Oh, maafkan beta di atasa kelucahan kata-kata sebentar tadi, Tidak dapat beta menahan amarah ini hendaknya. 

Baiklah, setelah beta dapat internet tadi, beta pun dengan gumbiranya membuka group Zo.0logy 2nd year dan melihat post baru oleh admin iaitu tentang persenyawaan labah-labah dan kepala beta berpinar-pinar sebentar. Bukan kerana beta ni miang….oh sudah tentu sekali bukan! 

Beberapa hari lepas juga nama keramat beta ini menjadi rebutan untuk di tag ke gambar sumbang mahram hamster cik GeMin. Apakan daya, beta pasrah.. 

Akan tetapi hendaknya wahai rakyat jelata sekalian, di sini beta ingin melonggarkan segala urat saraf di kepala hotak kamu sekalian tetantang beta. Yes! 

Tambahan tetibe idea mencurah-curah ke ladang gandum untuk menulis sedikit sebanyak sekadar perkongsian bersama. 

Begini ceritanya… 

Alkisah..di zaman dulu kala, dimana beta masih lagi ke anak-anakan, hingus masih meleleh dan beta jilat ia tapi tidaklah pula dapat beta ingat akan rasanya…beta amatlah gemar melihat akan animal behaviour segala binatang yang ada di sekeliling beta hatta semut sekali pun, katak dan labah-labah apatah lagi. Segala bangsa beta perhati tanpa diskriminasi sikit pun. 

nama beliau err,,,
Akan tetapi, terjadi satu hal di suatu hari itu di mana beta terlihat kelibat dua ekor ulat gonggok di tepi longkang. Lagaknya sangatlah menggeramkan hati beta lantas beta menjadi murka dan mencarut-carut di situ juga. Cuba kamu semua imagine kan akan apa yang beta lihat. 

Pedih sungguh hati ini, di kala azan maghrib berkumandang,buat hal pulak gonggok ini di hadapan mata beta, lalu beta dengan sepantas kilat pergi ambil kayu dan cuba memisahkan dua ekor gonggok yang bercantum ini. Satu dia atas dan satu lagi yang membawanya,di bawah. 

Dengan rasa frustnya, beta gagal memisahkan mereka. Yes, beta bebai masa tu dan terus masuk ke rumah dan sambung mencarut lagi. Kata beta kepada bonda beta : 

“ma, tadi akak nampak dua gonggok,geram betollah tengok yg sorang tu. Pemalas betul nak jalan! Die g duduk atas kawan die,kesian kawan die kena bawak die ma.. Da la gemok,mesti berat! “
lebih kurang beginilah reaksi mereka berdua.
Namun,tiada jawapan diberi oleh bonda beta, hanya lemparan senyuman dan berlalu pergi. Sungguh misteri! 

Arakian..masa berganti hari dan beta pun membesarlah seperti orang-orang normal sekelian dan kini jadi pelajar UKM dan ambil zoology pulak tu! Barulah kini beta faham akan perlunya proses fertilization ini bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mengelakkan kepupusan spesis, akan hendaknya, beta insaf sedikit di situ kerana tergamak memisahkan dua ekor gonggok yg sedang bersekedudukan. 

Tapi nak buat macam mana..bukannya beta tahu yang mereka sedang sibuk melakukan proses tersebut. Agak sedih di situ.

Justeru itu rakyatku sekalian…beta menyeru…janganlah diganggu haiwan2 yg sedang melakukan kewajipan itu…jangan sibuk duk heret depa ke mahkamah syariah untuk dibahaskan kerana melakukan perkara 18sx dan sebagainya..Tak perlu… 

Beta telah pun memuhasabah diri akan kesilapan lalu..Antara iktibar yg beta dapat :- 

• Tak baik menganggu proses percantuman ovum dan sperma binatang-binatang. Itu hak mereka! Animal’s rights! 
• Tak baik tuduh melulu,p buat research dulu. 
• Sesungguhnya fertilization of each species,God’s creature,is unique on their own bebeh! 

Nota kaki : ce korang tengok redza, aku cerita sekali ja pasai persenyawaan katak, balik die teruih p google search persenyawaan sume jenis natang! Lebih advance dari aku, siap post kt group lagi…*ilmu perlu dicari* bhahahaha!~ 

Nota selit2 : peh…rasa mcm nk amek sesape jadi admin spaya leh cerita ja pe2 dlm blog ni. Sekian.
study...dah nak  mid term ni!