Wednesday, 5 October 2011

Ini Benar-Hikayat Gegirl dan Boboy

Hikayat Gegirl Dan Boboy.

Sesungguhnya ini adalah kisah termaktub dalam sejarah. Sila lihat page atau dalam erti kata lain laman 44 buku teks sejarah.

Kisah ini tidaklah feymes dikalangan anak bangsa zaman la ni. (maaf jika terkluaq bahasa utara).
Oleh sebab tidak mahu mendiskriminasikan mereka,maka saya ceritakan hikayat ini buat santapan rohani anda sekalian sebagai sengggama minda. Jangan risau,ia tidak mengandungi unsur2 ganas mahupun 18sx kerana admin melarang sama sekali unsur ini diterbitkan hatta proses perseyawaan katak sekalipun.Sekian.

ok,once upon a time....

Hiduplah seorang perempuan bernama Aminah. Orang biasa panggil dia 'min' saja. Tak tahu pasaipa. Tak sempat selidik. Cik Min ini diceritakan oleh penduduk kampung,bahawa dia dilahirkan semasa gerhana bulan.
inilah gerhana bulan kalau angpa suma nk tau.
Jadi memang dalam kampung,dia Diva, feymes dengan panggilan cik Min Gerhana Bulan,jadi lama-lama orang pun jadikan shortform nama cik Min gerhana kepada GeMin (gerhana min). Memang hot stuff la masa tu. Sebut je GeMin, semua orang terbeliak biji mata.

Cik GeMin ni bukan sahaja indah paras rupa, elok juga perangai tingkah laku.

Wajah ayu Cik GeMin yang turut pernah memenangi pertandingan Ratu Cantik peringkat sekolah.
Di satu hari yang cukup indah penuh nostalgia ketika cik GeMin sedang mandi manda di tepi sungai sambil membasuh baju, (sila imagine cinderella kene paksa basuh baju, lap lantai oleh kakak2 beliau) lalulah seorang panglima gantang yang kekacakkannya memang terpancar ke seluruh pelosok hatta semut bawah tanah pun terkesima melihat kekacakkan beliau.

Panglima tersebut bernama Azwan, pun tidak diketahui mengapa zaman pak kaduk dulu sudah wujud nama-nama glemer seperti itu. (musykil)

Wajah BoWan semasa usia muda!
Panglima Azwan ini terkenal dengan panggilan panglima BoWan,kerana kata orang,semasa ibunya mengandungkan beliau, perut ibunya sangat boyot. Maksud saya 'overboyot'. Maka anak yg dilahirkan juga sangat sihat dan gebu sokmo. Molek sungguh ciptaan tuhan ini.

Imaginasi penulis terhadap tahap keboyotan ibu mengandung.
Tatkala Panglima BoWan dan Cik GeMin bertentang mata di tepi sungai itu, cuaca yang tadi terang berderang terus bertukar gelap gelita, petir sambar menyambar, hujan semakin lebat. (sengaja tambah unsur gimik)
cuaca terang bertukar suram sesuram suramnye!
Maka,berlarilah teruna dara ini mencari tempat perteduhan.

ini juga imaginasi larian terpantas mereka-BoWan dan GeMin.
Sampailah mereka berdua berteduh di sebuah gua berdekatan. (hiperbola sungguh)

Berejam-rejam juga mereka di situ..

Masa berganti time, bulan berganti moon, hari berganti days..but the rain never seems to stop.

Hiduplah Panglima BoWan dan Cik GeMin berdua di situ.Secara tiba-tiba tanpa diduga tetapi dirancang,mereka berdua telah pun jatuh bercinta.

Sebaik sahaja kata lafaz 'wo ai ni' diucapkan oleh kedua-dua mempelai, hujan teruih ja berenti tak semena. Macam ala-ala sumpahan mahsuri. Genap 7 purnama, mereka berdua hidup bersama di dalam gua, akhirnya depa beterus terang jua apa yg terbuku di hati selama ini, and the rain stop suddenly. Matahari pun timbui dengan jayanya.
gua dipercayai tempat bersemayam mereka 7 purnama! -tempat nostalgia
Dengan bangga dan happy nya,keluarlah  mempelai ini dari gua untuk membawa perkhabaran gembira ini. Tetapi bala datang kembali. Kesian...Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan sat lagi.

Datang beberapa musuh diketuai Pahlawan Abg Angkat GeMin (sungguh panjang nama beliau) menentang habis habisan akan relationship yang baru terbentuk itu. Pahlawan Abg Angkat GeMin yang sememangnya mempunyai hati dan perasaan terhadap GeMin tidak mahu BoWan menjadi pacar apatah lagi suami GeMin.

Lalu, tanpa rasa merelakan perkara ini terjadi, GeMin dan BoWan telah bersumpah akan satu perkara, semasa mereka dipisahkan dengan sangat kejam dan tragis.

Panglima BoWan ditewaskan Pahlawan Abg Angkat GeMin
GeMin tiadk mahu menjadi milik orang lain, lalu dengan kuasa yang entah dari mana, petir terus mencuit GeMin dan BoWan dan mereka bertukar jantina sesama sendiri tanpa diketahui oleh orang-orang lain.

lalu petir sambar menyambar dan...
Mereka berjanji,akan bertemu lagi dalam abad ini, lebih kurang tahun 2010 atau 2011 macam tu la, dalam rupa asal yang telah bertukar jantina.

Maka tidak hairanlah abad ini kita lihat generasi 'Gegirl' adalah seorang lelaki sopan,dan berbudi bahasa seperti perempuan. Hal ini kerana,walaupun jasad Gegirl adalah lelaki, tetapi dalam tubuhnya itu tersimpan roh GeMin yang merupakan gadis molek zaman dulu kala. Begitu juga 'Boboy'.

Watak utama :-
Gegirl sebagai- Panglima BoWan



Boboy sebagai-Cik GeMin


Watak sampingan :-

Imaginasi penulis terhadap Pahlawan Abg Angkat GeMin

No comments:

Post a Comment