Friday 7 October 2011

Ini Benar Lagi Sahih- CINTA di alam KAMPUS


Santapan Siswi - Love Matter 

WARNING : Post ini mungkin ‘ala2’ kuliah yg bila masuk rasa macam tak nak masuk. Tiada Bahasa Tapisan. Sekian.

Jumaat petang ini, selepas solat jumaat bagi kaum2 lelaki, ada satu ceramah yg diadakan di PUSANIKA UKM. Dengar je perkataan ceramah ni mesti ramai yg baca setakat ni je. Biasa la tu… Sama la ngan aku. Ini baru namanya manusia biasa. (mukadimah)

Awalnya saya…
-rasa apa-apa yang namanya ceramah itu membosankan. Sincerely tanpa segan silu dan hipokrit saya akan say no to ceramah, bebelan, pot pet pot pet, dan seumpanya.

-rasa kalau terdengaq or terpaksa dengaq sekali pun,mesti akan tak duduk lama.

-muka akan jadi herot berot kerana malas.

Tapi selepas beberapa minit
-mula rasa suka.

-wow! Tu je yg mampu aku katakan.

-sentap hati mak nak!

Habis sahaja ceramah
-Hati macam membara terbakaq sat.

-Satu kesedaran dan kegembiraan with new knowledge.

-Open minded dan rasa nak ber-‘sharing’ ngan kengkawan.

Baiklah. Itu sahaja yg aku nak kata kali ini. Pengalaman ceramah di jumaat hari. Bagi yang rasa teruja or nak tahu isi ceramah boleh teruskan. Bagi yang tak mahu,get to the lost angeles…babai…haha.

CINTA DI ALAM KAMPUS Puan Nur Suhada.

Beliau merupakan pelajar tahun 4 yang mengambil jurusan undang-undang dan bakal bergraduasi tahun ini. Insyaallah.
Beliau sudah berkhawin semasa tahun 2 pengajiannya dan sudah mempunyai cahaya mata.
Agak gigih juga aku mencari love2 ni bagai sebagai gambaq hiasan. Peh!
Kita semua ni dah besaq2 belaka,sudah bisa berkhawin dan punyai ramai anak kerana nampak macam subur2 ja semuanya…ye dak? Malah gitu, mahu juga rasa bercinta…ye dak? Normal la tu…takpe,kawal dulu hormon tu!

Maka Puan ni bagi lah panduan pada kaum2 hawa.

Zaman la ni orang selalu kata, “kawin awal kerana nak elak maksiat”,hatta, kak aku skang ni pun tengah p cari calon untuk aku, suh aku kawin awal, apa gila ke dunia ni! Ini adalah salah

Kawin is not only ; a sex matter, nafsu, and all that sort of thing. 

Sangatlah benci dengan manusia yg kawin semata2 kerana nafsu! Rasa macam nak sumpah jadi kera kolej ibu zain!
love is not about sex!
 Kawin kita kena  fikir ; tanggungjawab, anak, lampin anak, nak duduk mana, nak makan apa, nak buat apa,and so on…(bukan nak kawin brapa!)
benda terberat sekali ialah tanggungjawab
 Tak salah nak kawin awal,lagi baik dan lagi afdal. 

Tak salah juga orang kata, perempuan yg baik jodohnya awal. 

Jadi yg duk blajaq bio kembang, then takut nak beranak, pah tu pikiaq xmau kawin,sila bataikan niat dengan segera. 

Niat lekah! Kemon…”sahaja aku nak kawin lekah..bla..bla..bla..” (humor)

Jadi wahai kaum2 hawa sekalian…kata Allah, lelaki yg baik ini hanya untuk perempuan yg baik, perempuan yg baik juga adalah untuk lelaki yg baik.Dan sebaliknya la.

Zaman la ni memang sangat susah nak jumpa lelaki yg baik, jadi, selain berdoa pada DIA untuk dapatkan jodoh yang terbaik, kita kena berusaha. Go Go Chaiyok! 


-Tak payah nak lembut sangat lah ye wahai kaum hawa, kerana kita kena tegas dengan pilihan kita nanti. Hati ini sukar dikawal wahai hawa. Kita bukan seperti mereka. Sekali ucap sayang, sekali mereka berbuat baik, terkenang-kenang kita dalam tidur, tersenyum-senyum kita fikir yg dia pun duk syok kita, padahai kita syok sendiri. Awas wahai hawa! Tegas itu penting!

-Tak payah nak menunggu sangat lah ye wahai kaum hawa, kerana zaman sekarang lelaki yg baik itu ibarat cari mutiara tengah lautan. Usahakan mencari beliau di samping berdoa. Jangan asik dok tunggu ja. Depa takkan datang merangkak mahu pun bergolek kepada kita. Kita ni dah kira kena berebut dah ni.

Sesuaikan diri dengan keadaan dan zaman itu tak salah, asalkan jangan bertentang dengan syariat. Tak suruh pun kamu2 bergaul bebas, tapi sosial itu penting juga wei!
pada aku wardina adalah ikon muslimah terbaik untuk kita contohi. Perfect!
Kalau mahu solehah sangat, 24 jam dalam bilik hadap Al-Quran saja, x jumpa orang,x ber-persatuan, xbergaul, xberi pendapat…hurm…anda mungkin boleh go back to zaman paleolitik.

Masa Puan ni duk berceramah, suaminya ada mundar mandir di situ mendukung anak 5 bulan hendaknya usia baby tersebut. 

Katanya pada kami:

  • ·         Saya sayang suami saya! – reaksi semua… ‘woh! Beraninya cakap cam tu depan org ramai! Bangga! Lelaki boleh buat???’

  • ·         Saya dah rasa macam mana sakitnya mengandung dan melahirkan. Hargailah saya. Tolonglah hargai saya…(suara sedih dan sayu sambil memandang suami dan suami angguk dan senyum nipis)- reaksi semua…tercengang sekali gus meremang bulu roma. Bergema suara tu.

  • ·         Saya nak berpasangan dengan suami saya sampai syurga nanti. Saya nak mati bersebelahan suami saya. Saya nak dia pegang tangan saya sampai akhirat nanti. - reaksi semua…ya allah indahnya cinta ni sebenarnya. Aku dah riau sengsorang menahan peh..sebak bro!


Katanya lagi:

Kamu akan rasa indahnya dapat cinta yang sebenar-benar cinta, akan bertambah rasa kasih dan sayang, kasih pada ibu mertua, ipar duai, apatah lagi suami . Kerana perkawinan kami bukan hanya berlandaskan nafsu.

Tapi dia tidak suruh pun sesiapa jangan gatai duk bercinta! Kabhi nehi bebeh! Now that I selut! Bukan kerana aku pernah couple…no no no…kerana fikiran terbuka yg ditunjukkan.

Lalu bangunlah beberapa hawa menceritakan segala kisah silamnya dan kisah sekarang ini tentang alam percintaan mereka. Im shock of course!

U know why? Some says,saya pakai sahaja tudung labuh,tapi saya keluar dating free hair,pegang tangan n so on…(bcz time ni semua perempuan,so nothing to be shame to share)

Ada byk perkara tersembunyi di sebalik tudung labuh. Thatz why I don’t really like perempuan tudung labuh. Bukan kata mereka hipokrit, dak, tapi certain2 org telah mencemarkan imej besih ini buatkan aku  erm..

Yg bertudung labuh tapi  nk tutup perut mengandung lain. Yg bbertudung labuh tapi depan lelaki..erm…tah la,hilang segala respek diri ini pada mereka.

Kesimpulannya wahai kaum hawa, pakaian menutup aurat itu perlu dan wajib, tetapi imej luaran tidak langsung menunjukkan diri kita ni bagaimana sebenaqnya. ‘don’t judge a book by its kulit bebeh!’

sopan. fullstop.
Seterusnya beliau share lagi :

Masa suami saya nak berkawin dengan saya, saya tak cakap banyak. Saya cuma kata kalau awak mahukan saya, ambil saya terus jadi isteri awak (point penting ni). Siapkan proposal lengkap untuk saya.
Cet,siap proposal mu…kau mampu wahai adam2 yg lain???

Dalam proposal kamu kena nyatakan:
-Bila kamu nak kawin dengan saya?
-Apa yang kamu nak dari saya?
-Berapa orang anak yg kamu nak?
-Apa yang akan kamu lakukan lepas ada anak?
-Apa perancangan kamu masa depan?

And all sort of that matter….Dengan erti kata lain,bersediakah sang arjuna memetik kumtuman bunga jadi hiasan tamannya? Bukan sekadar duk suka2. Ha….itu baru kita katakana lelaki terbaek!

So girls, jom kite wat group discussion jap, pikiaq questionnaire tuk depa nanti! (muka tengah berkobar2!) Pah tu suh depa p mintak skali cop ketua kampung, ketua negeri, cop TNC bla bla bla...

peh...kagum..kagum...kalau laki bleh buat gini..
Last sekali tips dia beri :

Wahai kaum2 hawa sekalian, kalau mahukan suami yg soleh, yg melayan kamu dengan baik, berbuat baiklah dengan adik beradik, lebih-lebih lagi adik yg berlainan jantina. (psikologi berbalik)

Maksudnya, jika kita layan adik kita, makan pakai minum,balik sekolah ambilkan beg, cek barang apa semua, tutur kata..bla..bla..secara tak langsung kita melatih diri dengan segala sifat mahmudah ini yg insyaallah akan sebati dalam diri untuk dipraktikkan dalam rumah tangga kemudian hari.

Dan perbuatan baik itu sudah tentunya akan dibalas dengan baik oleh adik kita, psikologi berbaliknya,apa yg adik kita balas balik pada kita nanti, insyaallah itu jugalah cara layanan bakal suami kita pada kita nanti. Insyaallah…
"a women's heart should be so lost in GOD,that a man needs to seek HIM in order to find her"
Nota kaki : Jom kawin awal, jom bercinta, jom buat questinaire, jom repaire perangai, jom mencari!Aku pun nak yg terBAEK gak wei..

sat g ada la para jejaka yg posing lagu ni sambil berkata.."adakah aku...."

No comments:

Post a Comment