Thursday, 20 October 2011

Kisah benar lagi tragis - Fertilization

Cerita Tentang Fauna.

Asslamualaikum dan salam satu Zoologi! 

Nampaknya sudah berkurun lamanya beta tidak meng-update ini blog dek kerana internet UKM jaring yang macam dem sejak kebelakangan ini. Oh, maafkan beta di atasa kelucahan kata-kata sebentar tadi, Tidak dapat beta menahan amarah ini hendaknya. 

Baiklah, setelah beta dapat internet tadi, beta pun dengan gumbiranya membuka group Zo.0logy 2nd year dan melihat post baru oleh admin iaitu tentang persenyawaan labah-labah dan kepala beta berpinar-pinar sebentar. Bukan kerana beta ni miang….oh sudah tentu sekali bukan! 

Beberapa hari lepas juga nama keramat beta ini menjadi rebutan untuk di tag ke gambar sumbang mahram hamster cik GeMin. Apakan daya, beta pasrah.. 

Akan tetapi hendaknya wahai rakyat jelata sekalian, di sini beta ingin melonggarkan segala urat saraf di kepala hotak kamu sekalian tetantang beta. Yes! 

Tambahan tetibe idea mencurah-curah ke ladang gandum untuk menulis sedikit sebanyak sekadar perkongsian bersama. 

Begini ceritanya… 

Alkisah..di zaman dulu kala, dimana beta masih lagi ke anak-anakan, hingus masih meleleh dan beta jilat ia tapi tidaklah pula dapat beta ingat akan rasanya…beta amatlah gemar melihat akan animal behaviour segala binatang yang ada di sekeliling beta hatta semut sekali pun, katak dan labah-labah apatah lagi. Segala bangsa beta perhati tanpa diskriminasi sikit pun. 

nama beliau err,,,
Akan tetapi, terjadi satu hal di suatu hari itu di mana beta terlihat kelibat dua ekor ulat gonggok di tepi longkang. Lagaknya sangatlah menggeramkan hati beta lantas beta menjadi murka dan mencarut-carut di situ juga. Cuba kamu semua imagine kan akan apa yang beta lihat. 

Pedih sungguh hati ini, di kala azan maghrib berkumandang,buat hal pulak gonggok ini di hadapan mata beta, lalu beta dengan sepantas kilat pergi ambil kayu dan cuba memisahkan dua ekor gonggok yang bercantum ini. Satu dia atas dan satu lagi yang membawanya,di bawah. 

Dengan rasa frustnya, beta gagal memisahkan mereka. Yes, beta bebai masa tu dan terus masuk ke rumah dan sambung mencarut lagi. Kata beta kepada bonda beta : 

“ma, tadi akak nampak dua gonggok,geram betollah tengok yg sorang tu. Pemalas betul nak jalan! Die g duduk atas kawan die,kesian kawan die kena bawak die ma.. Da la gemok,mesti berat! “
lebih kurang beginilah reaksi mereka berdua.
Namun,tiada jawapan diberi oleh bonda beta, hanya lemparan senyuman dan berlalu pergi. Sungguh misteri! 

Arakian..masa berganti hari dan beta pun membesarlah seperti orang-orang normal sekelian dan kini jadi pelajar UKM dan ambil zoology pulak tu! Barulah kini beta faham akan perlunya proses fertilization ini bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mengelakkan kepupusan spesis, akan hendaknya, beta insaf sedikit di situ kerana tergamak memisahkan dua ekor gonggok yg sedang bersekedudukan. 

Tapi nak buat macam mana..bukannya beta tahu yang mereka sedang sibuk melakukan proses tersebut. Agak sedih di situ.

Justeru itu rakyatku sekalian…beta menyeru…janganlah diganggu haiwan2 yg sedang melakukan kewajipan itu…jangan sibuk duk heret depa ke mahkamah syariah untuk dibahaskan kerana melakukan perkara 18sx dan sebagainya..Tak perlu… 

Beta telah pun memuhasabah diri akan kesilapan lalu..Antara iktibar yg beta dapat :- 

• Tak baik menganggu proses percantuman ovum dan sperma binatang-binatang. Itu hak mereka! Animal’s rights! 
• Tak baik tuduh melulu,p buat research dulu. 
• Sesungguhnya fertilization of each species,God’s creature,is unique on their own bebeh! 

Nota kaki : ce korang tengok redza, aku cerita sekali ja pasai persenyawaan katak, balik die teruih p google search persenyawaan sume jenis natang! Lebih advance dari aku, siap post kt group lagi…*ilmu perlu dicari* bhahahaha!~ 

Nota selit2 : peh…rasa mcm nk amek sesape jadi admin spaya leh cerita ja pe2 dlm blog ni. Sekian.
study...dah nak  mid term ni!

No comments:

Post a Comment