Santapan Siswi - Love Matter
WARNING : Post ini mungkin ‘ala2’ kuliah yg bila masuk
rasa macam tak nak masuk. Tiada Bahasa Tapisan. Sekian.
Jumaat petang ini, selepas solat jumaat bagi kaum2
lelaki, ada satu ceramah yg diadakan di PUSANIKA UKM. Dengar je perkataan
ceramah ni mesti ramai yg baca setakat ni je. Biasa la tu… Sama la ngan aku.
Ini baru namanya manusia biasa. (mukadimah)
-rasa apa-apa yang namanya ceramah itu membosankan.
Sincerely tanpa segan silu dan hipokrit saya akan say no to ceramah, bebelan,
pot pet pot pet, dan seumpanya.
-rasa kalau terdengaq or terpaksa dengaq sekali
pun,mesti akan tak duduk lama.
-muka akan jadi herot berot kerana malas.
Tapi selepas beberapa minit
-mula rasa suka.
-wow! Tu je yg mampu aku katakan.
-sentap hati mak nak!
-Hati macam membara terbakaq sat.
-Satu kesedaran dan kegembiraan with new knowledge.
-Open minded dan rasa nak ber-‘sharing’ ngan kengkawan.
Baiklah. Itu sahaja yg aku nak kata kali ini. Pengalaman ceramah
di jumaat hari. Bagi yang rasa teruja or nak tahu isi ceramah boleh teruskan.
Bagi yang tak mahu,get to the lost angeles…babai…haha.
CINTA DI ALAM KAMPUS –Puan Nur Suhada.
Beliau merupakan pelajar tahun 4 yang mengambil jurusan
undang-undang dan bakal bergraduasi tahun ini. Insyaallah.
Beliau sudah berkhawin semasa tahun 2 pengajiannya dan sudah
mempunyai cahaya mata.
|
Agak gigih juga aku mencari love2 ni bagai sebagai gambaq hiasan. Peh! |
Kita semua ni dah besaq2 belaka,sudah bisa berkhawin dan
punyai ramai anak kerana nampak macam subur2 ja semuanya…ye dak? Malah gitu,
mahu juga rasa bercinta…ye dak? Normal la tu…takpe,kawal dulu hormon tu!
Maka Puan ni bagi lah panduan pada kaum2 hawa.
Zaman la ni orang selalu kata, “kawin awal kerana nak elak
maksiat”,hatta, kak aku skang ni pun tengah p cari calon untuk aku, suh aku kawin awal, apa gila ke dunia ni! Ini adalah salah!
Kawin is not only ; a sex matter, nafsu, and all that sort
of thing.
Sangatlah benci dengan manusia yg kawin semata2 kerana
nafsu! Rasa macam nak sumpah jadi kera kolej ibu zain!
|
love is not about sex! |
Kawin kita kena fikir
; tanggungjawab, anak, lampin anak, nak duduk mana, nak makan apa, nak buat
apa,and so on…(bukan nak kawin brapa!)
|
benda terberat sekali ialah tanggungjawab |
Tak salah nak kawin awal,lagi baik dan lagi afdal.
Tak salah juga orang kata, perempuan yg baik jodohnya awal.
Jadi yg duk blajaq bio kembang, then takut nak beranak, pah
tu pikiaq xmau kawin,sila bataikan niat dengan segera.
Niat lekah! Kemon…”sahaja aku nak kawin
lekah..bla..bla..bla..” (humor)
Jadi wahai kaum2 hawa sekalian…kata Allah, lelaki yg baik
ini hanya untuk perempuan yg baik, perempuan yg baik juga adalah untuk lelaki
yg baik.Dan sebaliknya la.
Zaman la ni memang sangat susah nak jumpa lelaki yg baik,
jadi, selain berdoa pada DIA untuk dapatkan jodoh yang terbaik, kita kena
berusaha. Go Go Chaiyok!
-Tak payah nak lembut sangat lah ye wahai kaum hawa, kerana
kita kena tegas dengan pilihan kita nanti. Hati ini sukar dikawal wahai hawa.
Kita bukan seperti mereka. Sekali ucap sayang, sekali mereka berbuat
baik, terkenang-kenang kita dalam tidur, tersenyum-senyum kita fikir yg dia pun
duk syok kita, padahai kita syok sendiri. Awas wahai hawa! Tegas itu penting!
-Tak payah nak menunggu sangat lah ye wahai kaum hawa,
kerana zaman sekarang lelaki yg baik itu ibarat cari mutiara tengah lautan.
Usahakan mencari beliau di samping berdoa. Jangan asik dok tunggu ja. Depa
takkan datang merangkak mahu pun bergolek kepada kita. Kita ni dah kira kena
berebut dah ni.
Sesuaikan diri dengan keadaan dan zaman itu tak salah,
asalkan jangan bertentang dengan syariat. Tak suruh pun kamu2 bergaul bebas,
tapi sosial itu penting juga wei!
|
pada aku wardina adalah ikon muslimah terbaik untuk kita contohi. Perfect! |
Kalau mahu solehah sangat, 24 jam dalam bilik hadap Al-Quran
saja, x jumpa orang,x ber-persatuan, xbergaul, xberi pendapat…hurm…anda mungkin
boleh go back to zaman paleolitik.
Masa Puan ni duk berceramah, suaminya ada mundar mandir di
situ mendukung anak 5 bulan hendaknya usia baby tersebut.
Katanya pada kami:
- ·
Saya sayang suami saya! – reaksi semua… ‘woh!
Beraninya cakap cam tu depan org ramai! Bangga! Lelaki boleh buat???’
- ·
Saya dah rasa macam mana sakitnya mengandung dan
melahirkan. Hargailah saya. Tolonglah hargai saya…(suara sedih dan sayu sambil
memandang suami dan suami angguk dan senyum nipis)- reaksi semua…tercengang
sekali gus meremang bulu roma. Bergema suara tu.
- ·
Saya nak berpasangan dengan suami saya sampai
syurga nanti. Saya nak mati bersebelahan suami saya. Saya nak dia pegang tangan
saya sampai akhirat nanti. - reaksi semua…ya allah indahnya cinta ni sebenarnya. Aku dah riau sengsorang menahan peh..sebak bro!
Katanya lagi:
Kamu akan rasa indahnya dapat cinta yang sebenar-benar
cinta, akan bertambah rasa kasih dan sayang, kasih pada ibu mertua, ipar duai,
apatah lagi suami . Kerana perkawinan kami bukan hanya berlandaskan nafsu.
Tapi dia tidak suruh pun sesiapa jangan gatai duk bercinta!
Kabhi nehi bebeh! Now that I selut! Bukan kerana aku pernah couple…no no
no…kerana fikiran terbuka yg ditunjukkan.
Lalu bangunlah beberapa hawa menceritakan segala kisah
silamnya dan kisah sekarang ini tentang alam percintaan mereka. Im shock of
course!
U know why? Some says,saya pakai sahaja tudung labuh,tapi
saya keluar dating free hair,pegang tangan n so on…(bcz time ni semua
perempuan,so nothing to be shame to share)
Ada byk perkara tersembunyi di sebalik tudung labuh. Thatz
why I don’t really like perempuan tudung labuh. Bukan kata mereka hipokrit,
dak, tapi certain2 org telah mencemarkan imej besih ini buatkan aku erm..
Yg bertudung labuh tapi
nk tutup perut mengandung lain. Yg bbertudung labuh tapi depan
lelaki..erm…tah la,hilang segala respek diri ini pada mereka.
Kesimpulannya wahai kaum hawa, pakaian menutup aurat itu
perlu dan wajib, tetapi imej luaran tidak langsung menunjukkan diri kita ni
bagaimana sebenaqnya. ‘don’t judge a book by its kulit bebeh!’
|
sopan. fullstop. |
Seterusnya beliau share lagi :
Masa suami saya nak berkawin dengan saya, saya tak cakap
banyak. Saya cuma kata kalau awak mahukan saya, ambil saya terus jadi isteri
awak (point penting ni). Siapkan proposal lengkap untuk saya.
Cet,siap proposal mu…kau mampu wahai adam2 yg lain???
Dalam proposal kamu kena nyatakan:
-Bila kamu nak kawin dengan saya?
-Apa yang kamu nak dari saya?
-Berapa orang anak yg kamu nak?
-Apa yang akan kamu lakukan lepas ada anak?
-Apa perancangan kamu masa depan?
And all sort of that matter….Dengan erti kata
lain,bersediakah sang arjuna memetik kumtuman bunga jadi hiasan tamannya? Bukan
sekadar duk suka2. Ha….itu baru kita katakana lelaki terbaek!
So girls, jom kite wat group discussion jap, pikiaq
questionnaire tuk depa nanti! (muka tengah berkobar2!) Pah tu suh depa p mintak skali cop ketua kampung, ketua negeri, cop TNC bla bla bla...
|
peh...kagum..kagum...kalau laki bleh buat gini.. |
Last sekali tips dia beri :
Wahai kaum2 hawa sekalian, kalau mahukan suami yg soleh, yg
melayan kamu dengan baik, berbuat baiklah dengan adik beradik, lebih-lebih lagi
adik yg berlainan jantina. (psikologi berbalik)
Maksudnya, jika kita layan adik kita, makan pakai
minum,balik sekolah ambilkan beg, cek barang apa semua, tutur kata..bla..bla..secara
tak langsung kita melatih diri dengan segala sifat mahmudah ini yg insyaallah
akan sebati dalam diri untuk dipraktikkan dalam rumah tangga kemudian hari.
Dan perbuatan baik itu sudah tentunya akan dibalas dengan
baik oleh adik kita, psikologi berbaliknya,apa yg adik kita balas balik pada
kita nanti, insyaallah itu jugalah cara layanan bakal suami kita pada kita
nanti. Insyaallah…
"a women's heart should be so lost in GOD,that a man needs to seek HIM in order to find her"
Nota kaki : Jom kawin
awal, jom bercinta, jom buat questinaire, jom repaire perangai, jom mencari!Aku pun nak yg terBAEK gak wei..
|
sat g ada la para jejaka yg posing lagu ni sambil berkata.."adakah aku...." |